Sunday 4 March 2012

Panduan Belajar Sejarah

Antara perkara yang perlu diambil perhatian untuk mudah menguasai matapelajaran sejarah ialah :-

a) Memberi fokus semasa proses pembelajaran di dalam kelas.
Sentiasa memerhati mimik muka dan mendengar kata-kata yang disampaikan guru.

b) Sentiasa berfikiran positif untuk belajar sejarah.
Jika pelajar menganggap sejarah sebagai mata pelajaran yang sukar atau membosankan,ini merupakan satu unsur negatif atau penafian kepada minda untuk menerima maklumat/fakta yang disampaikan guru.

c) Membuat catatan ringkas semasa proses pembelajaran.
Pelajar perlu membuat catatan berbentuk peta minda/lakaran rajah yang bersesuaian dengan tajuk untuk memudahkan ingatan fakta.

d) Elak membuat tugasan lain semasa kelas sejarah.
Jangan membuat latihan subjek lain semasa pelajaran sejarah diajar.Ini akan menjejaskan tumpuan atau pelajar gagal memahami topik yang dipelajari.

e) Bacaan awal sebelum kelas sejarah bermula.
Pelajar perlu membuat bacaan awal sesuatu topik untuk mendapat pendedahan awal berkenaan tajuk.Ini memberi peluang pelajar mengemukakan soalan kepada guru semasa kelas berlangsung.

f) Membuat latih tubi soalan berkaitan.
Pelajar mesti membuat latih tubi topik berkenaan untuk memantapkan penguasaan fakta berkaitan.

Monday 27 February 2012

Maklumat Peribadi

Mendapat pendidikan awal di SK.Simpang Empat Perlis dan di SM.Derma,Kangar Perlis.Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.Membuat pengkhususan dalam bidang Sejarah dan Geografi.

Memulakan kerjaya sebagai guru pada Jun 1990.Mempunyai pengalaman mengajar selama 23 tahun.Pernah berkhidmat di SMK.Mahsuri,Langkawi dan SMK.Che Tom.Mula bertugas di SMKBSP pada Disember 2002.Menyandang jawatan guru cemerlang sejarah DG 48 mulai 2010.

Mengajar mata pelajaran sejarah tingkatan 4 dan 5.Selain dari itu,saya juga adalah Setiausaha HEM sekolah.Saya juga adalah guru disiplin kat sekolah ini!