Sunday 4 March 2012

Panduan Belajar Sejarah

Antara perkara yang perlu diambil perhatian untuk mudah menguasai matapelajaran sejarah ialah :-

a) Memberi fokus semasa proses pembelajaran di dalam kelas.
Sentiasa memerhati mimik muka dan mendengar kata-kata yang disampaikan guru.

b) Sentiasa berfikiran positif untuk belajar sejarah.
Jika pelajar menganggap sejarah sebagai mata pelajaran yang sukar atau membosankan,ini merupakan satu unsur negatif atau penafian kepada minda untuk menerima maklumat/fakta yang disampaikan guru.

c) Membuat catatan ringkas semasa proses pembelajaran.
Pelajar perlu membuat catatan berbentuk peta minda/lakaran rajah yang bersesuaian dengan tajuk untuk memudahkan ingatan fakta.

d) Elak membuat tugasan lain semasa kelas sejarah.
Jangan membuat latihan subjek lain semasa pelajaran sejarah diajar.Ini akan menjejaskan tumpuan atau pelajar gagal memahami topik yang dipelajari.

e) Bacaan awal sebelum kelas sejarah bermula.
Pelajar perlu membuat bacaan awal sesuatu topik untuk mendapat pendedahan awal berkenaan tajuk.Ini memberi peluang pelajar mengemukakan soalan kepada guru semasa kelas berlangsung.

f) Membuat latih tubi soalan berkaitan.
Pelajar mesti membuat latih tubi topik berkenaan untuk memantapkan penguasaan fakta berkaitan.

No comments:

Post a Comment